Sunday 12 November 2017

Tempat menarik di Kuala Selangor :)

Harap maaf eh sebab penulis ni kalau ada masa je cube siapkan artikel ape yg dia tulis..haha..So artikel yg ni dalam progress.. 😶

Haiii hari ini saya nak share-share 5 tempat menarik  di Kuala Selangor. Tempat menarik yang bakal saya cerita lebih kepada tempat pelancongan, apa yang bestnya kat Kuala Selangor. Di sebabkan saya ni dah lama duduk lebih dalam 20 tahun di Kuala Selangor. Saya dalam proses membuat kajian pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda saya  mengenai "Promosi Kuala Selangor" sebagai pusat pelancongan dalam menarik perhatian pelancong dalam dan luar negara. So apa-apa pendapat boleh la share-share mungkin ada yang saya terlepas pandang. Ini adalah serba sedikit mengenai hasil temubual serta pemerhatian saya di Kuala Selangor. Saya telah menebual 15 orang respoden.

(So ini adalah sumber-sumber saya)
Terima Kasih ye Tuan/Puan/Encik sudi ditemubual 😃
So dalam artikel kali ini , bukan saya nak buat penulisan thesis  panjang-panjang kat blog ini hahaha..sebab ini adalah sebagai maklumat santai-santai je untuk korang yang ingin tahu mengenai serba sedikit mengenai Kuala Selangor

1. Bukit Melawati, Kuala Selangor
2. Taman Alam, Kuala Selangor
3. Fire-fly Kg Kuatan, Kuala Selangor
4. Bird Eagle feading, Pasir Penambang
5. Sky Mirror

                                                 --------Dari Pemerhatian--------
................................................................................................................................................................
1. Bukit Melawati, Kuala Selangor

Bukit Melawati terkenal banyak tempat-tempat bersejarah, dia ada macam-macam artifak. Cerita mengenai sejarah ,kalau nak tahu lebih lanjut anda boleh pergi ke Muzium Bukit yang terletak di atas bukit Melawati itu sendiri. Kalau x tahu kat mana Muzium tu adalah bersebelahan sikit dengan menara api (light House) kalau xtahu juga anda boleh bertanya dgn pak cik-pak cik yang jual kacang panjang kat atas bukit tu..hehehe.. What is kacang panjang ?kenapa ada jual kat atas Bukit Melawati tu??  Ok..keunikkan kedua Bukit Melawati adalah sebab banyak monyet-monyet yang jinak-jinak atas Bukit Melawati tu.. So korang boleh beli kacang panjang tadi tu dari pak cik-pak cik uh dan beri kepada monyet-monyet uh... Seeloknya masa bagi kat monyet uh jgn la campak..Bgi hulur guna tangan ..besttt bler monyet tu ambikk..Dia x kan gigitnya korang semua...Cuma berhati-hati dengan sebarang beg plastik atau barang anda ..sebab takut juga monyet uh sambar je.. 

 



 




 


 

Ape yg ada di Bukit Melawati, Kuala Selangor?
1. Perigi Beracun (dijadikan tempat penyiksaan penderhaka ketika masa dahulu, kandungan air dalam perigi  trdiri daripada pelbagai jenis racun dan miang rebung)
2. Meriam 3 Sederet
3. Batu Hampar ( Pada asalnya merupakan batu tambatan bahtera yang berlabuh di Pengkalan Batu Buruk, Sultan Ibrahim tlah mngarahkan nakhodanya untuk mmbawa batu tersebut untuk dibawa naik dan ditempatkan di pintu masuk kota Malawati sebagai tempat bermain catur tetapi telah berlaku satu kejadian di mana seorang dayang istana telah bermukah iaitu berzina dgn lelaki dari luar istana. Oleh itu beliau telah dihukum pancung dibatu tersebut dan darahnya telah disiram disekeliling kota sebagai teladan dan pengajaran kepada penduduk di situ 
4. Makam Diraja ( Menempatkan makam 3 Sultan Selangor yang pertama iaitu: Sultan Salahuddin 1742-1778, Sultan Ibrahim 1778-1826 dan Sultan Muhammad 1826-1857.
5. Muzium Permainan Tradisional (Terdapat lebih 50 jenis permainan tradisional yang memberi penerangan tentang cara permainan)
6. Muzium Sejarah Kuala Selangor (Menempatkan pelbagai bahan sejarah Daerah Kuala Selangor yang diuruskan oleh Lembaga Muzium Negeri Selangor)
7. Baituhillal ( Diuruskan oleh Majlis Agama Islam Selangor merupakan tempat melihat anak bulan bagi menentukan tarikh puasa, Aidilfitri dan Aidiladha)
8. Ruma Api (Diuruskan jabatan laut Malaysia, dibina pada tahun 1907 dan masih berfungsi sehingga kini sebagai panduan perjalanan kapal dan pelayaran di lautan.
9. Tangga Seratus
10. Busut Melawati

(Kesemua tempat sejarah masih boleh dikunjungi dan dilawati di atas Bukit Melawati) Pengunjung juga boleh melihat pemandangan Selat Melaka dari atas bukit ini juga. Untuk naik atas Bukit Melawati ini adalah percuma jika pelawat menggunakan kenderaan sendiri atau berjalan kaki naik keatas. Harga tiket hanya dikenakan bagi sesiapa yang menaikki tren kereta api sahaja dengan bayaran

Rm3.20 (Dewasa)
Rm2.10 (Kanak-kanak)