Sunday, 10 April 2022

PENGALAMAN CHECK IN DI HOTEL KOPTOWN EDC HOTEL, CHOW KIT KUALA LUMPUR

 Hi semua dah lama rasanya tak tulis blog. Sangat-sangat busy dengan kesibukan harian. Btw baru-baru ni saya staycation di sebuah Hotel yang diberi nama KOPTOWN EDC HOTEL yang terletak di jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. haha Hotel ni betul-betul terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. 5 minit je dari rumah act. Gedik tiba-tiba rasa nak tidur hotel hahaa.. 😆

So blog kali ni saya nak ceritakan pengalaman serta review saya yang paling jujur pada abad ini. *Tidak berbayar ya hahaha* tapi kalau pihak Hotel nak bagi saya diskaun atau peluang untuk staycation saya akan terima dengan senang hati bila-bila masa hahaha (gurau2) hahaha 

Saya check in pada petang jumaat dalam pukul 2 petang sehingga ahad check out pada pukul 12 tgh hari Saya ambil bilik jenis Junior Suite.Saya boleh bagi 4/5 bintang hahaa.. Ok kita cerita ape yang best dulu ya..

1) BERSIH/SELESA

-Hotel ni bersih dan sangat selesa. Sebagai orang yang dilahirkan di KL dan tinggal dikawasan persekitaran Chow Kit saya boleh katakan ini hotel 3 star yang sesuai untuk anda menginap. Masa mula-mula sampai anda akan disambut dengan orang yang bukak kan pintu, so memang ada orang jaga la kat pintu, lepastu semua staf baik. Maybe sebab hotel ni baru kot semua fasilti masih ok and nampak cantik. Moga dikekalkan.

2) KONSEP

- Saya suka dia punya konsep cantik, masa mula-mula masuk hotel tu mata saya akan tertumpu dengan warna biru muda, dengan konsep corak-corak.Lepastu kalau berpeluang pergi Sudirman Cafe akan tengok banyak la dekorasi berkaitan Chow Kit. Nice gler.

3) MURAH

- Bagi saya harga yang ditawarkan sangat berpatutan tidak begitu mahal, mampu bayar la kiranyaa.. Ye weii waktu saya check in tu saya bayar dengan harga RM300 lebih something untuk 3 hari dua malam with breakfast. Bilik semua cantik. Saya sangat puas hati.

4) KAWASAN STRATEGIK

-Bagi korang yang nak datang Kuala Lumpur saya sangat recommend untuk korang check in hotel ni, sebab harga dia sangat berpatutan. Lagipun sangat dekat dengan semua tempat macam SOGO, JALAN TAR, SUNWAY PUTRA, DATARAN MERDEKA, pastuu kalau nak pergi makan jalan-jalan kampung baru, saya naik grab je atau jalan kaki je sebab korang boleh lalu belakang hotel tu menuju ke Pasar CHow kit trus ke kg baru.

 ...............................ok saya citer pulak ape yang saya tak suka/atau kurang suka.......................

(hehe jgn la serius sgt haha maybe kekurangan ni terjadi pada saya je) 

1) STAF
- eh tadi kata semua staf ok kan? pastu kenapa nak comment pasal staf lagi hahaah..Ok macam ni waktu saya check in tu kan saya ambil bilik junior suite. Pastu saya perasan la, bilik tidur tu ok penghawa dingin dia sejuk. Tapi untuk bahagian living room tu penghawa dingin dia keluarkan haba panas, padahal sya dah setting sama macam kat ruang tidur tu but still macam tu. gigih saya turun dari tingkat 13 ke bahagian reception tu buat aduan, tpi dia soal balik saya kenapa boleh haba panas siap kena perli dengan ade sorang perempuan tu haha. Apooo .. pastu dia janji nk hantar orang untuk tgok tapi sampai hari last xde pun haha..nasib bahagian bilik tidur tu ok penghawa dingin dia..kira mcm ade 2 seoson la kalau nak rasa sejuk masuk blik tidur kalau nak rsa pnas lepak living room hahhaaa.. 

2) BREAKFAST

-Ok la disebabkan hotel 3 star je menu dia tak de la banyak . tapi saya ok je. But pada hari saya breakfast tu nasi lemak dia, nasi macam kurang masak ke ape saya tak tahu la, nasi dia rasa keras terasa di tekak hehe. Tapi saya sangat suka dengan dekorasi serta atmosphere dia nice rasa tenang

3) Sudirman Cafe

-Act kan saya dah baca review sebelum saya datang, so rmai recommand untuk pergi cafe sudirman cafe for makan2 la. so jadi saya expect ok malam boleh datang untuk dinner. But bler dtg malam, syaa jadi mcm sure x sure ehh , boleh masok ke ni, hahaha dia mcm ade kupon. Dari mana nak dapat kupon tu, sbb rsanya breakfast je ade kupon tu. Pastu sepatotnya diorang promosi la ape ade haritu, so guest boleh tahu cafe tu wujud untuk beli pape makanan haha.. ini cadangan saya aktifkan balik segala media sosial untuk hotel ni, atau cari content creator untuk tujuan promosi hotel ni hahahaa..Saya pun boleh tolong 😛😜sebab hotel ni ade kemajuan. Sebab waktu saya datang tu ade je event2 dari luar datang.Nak bagitau guest cafe tu wujud lagi buat la menu makanan minuman letak kat setiap bilik. Kalau nak buat menu atau any media print boleh contact saya, saya bagi design cantik2 hahaa sebab saya graphic design 😎😎😎 *aisehhh promote diri sendiri pulak* hahaha

4) ROOFTOP

-Ni sayangggg seribu kali sayangg hahaha bape kali tah naik tempat laluan tu asyik close je, saya tak tahu la diorang tengah dalam renovation atau ape..Moga cpt2 bukak sebab saya nak pergi tengok hahahahhaa nanti saya datang balik check in kalau dah boleh naik haha.. 

*okla saya sangat recommend korang semua book hotel ni, saya rasa if korang book online lagi murah kot dekat booking.com atau agoda..

Untuk gambar dan video nanti saya upload hahahaha.. Sis mencari masa nak upload.. Stay Tuneee

Thursday, 12 August 2021

Buat Baju Murah

 Hi semua kepada siapa yang berminat nak buat baju kumpulan, baju kerja, baju gaming, baju motor da sebagainya. Boleh la whatsapp kami dengan tekan link ni saja. Jangan risau tanya sahaja apa-apa, kami akan balas. http://httphightqualityjerseywasapmy.wasap.my atau boleh call atau whatsapp kami di 0132469132. Jangan risau kami merupakan perniagaan yang berdaftar dengan SSM. 100% boleh dipercayai.


                              Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh whatsapp kami ya.

                                           http://httphightqualityjerseywasapmy.wasap.my



Friday, 23 July 2021

Buat BAju

Hi semua, kami menyediakan perkhidmatan buat baju, sublimation serendah RM35 sahaja sehelai. Boleh follow instagram kami untuk tengok feedback customer serta sample baju-baju yang pernah buat. Kualiti yang berbaloi dengan harga serta warna mengikut apa yang customer inginkan, Boleh whatsapp kami di +60132469132 atau tekan sahaja link ni untuk direct whatsapp kami. Jangan risau tak beli tak apa encik/cik boleh je save nombor kami atau tanya saja apa-apa berkaitan ya! 









http://httphightqualityjerseywasapmy.wasap.my
http://httphightqualityjerseywasapmy.wasap.my
http://httphightqualityjerseywasapmy.wasap.my
http://httphightqualityjerseywasapmy.wasap.my
http://httphightqualityjerseywasapmy.wasap.my



Wednesday, 3 April 2019

Tempat Menarik di Kuching, Sarawak

Harini bosan sikit, sebab tak de kerja sangat, so sis nak share tempat menarik di Kuching, Sarawak. Ni pendapat dari orang  Semenanjung macam sis la. Selalunya ade orang kata kalau nak tahu tempat apa yang best tanya orag local tempat yang kita nak pergi tu kan. hihi.. Ok first korang yang dari semenanjung nak datang melawat Sarawak atau Sabah korang mestilah tahu perjanjian yang dikemukan oleh Sabah Sarawak untuk menyertai Tanah Melayu waktu tu (Malaysia). Sis tahu la sikit-sikit sebab sis minat Sejarah. Dulu ade cita-cita nak jadi cikgu Sejarah tapi hampeh ditengah jalan.. Hehehe.. Ala kalau tak tahu pun tak pe stay boleh melawat lagi. Tapi korang jangan la pelik sebab kalau kita masuk Sabah Sarawak akan diberikan pas iaitu macam kertas putih kecik macam resit tapi jangan hilang kan pulak.. Hahaha.. sebab sewaktu korang nak keluar dari negeri tu korang kena bagi pass tu balik pada pegawai imigresen. Tapi if korang travel dalam negeri semenanjung jugak tak perlu la pass2 tu.. Jangan tanpa kenapa pulak? sebab sejenis orng macam sis akan tanya kenapa? hahaha yela sebab masih dalam negeri kot.. (Silalah rujuk balik perjanjian gabungan tu ea)..

Di lapangan Terbang Kuching ade dua aras tau, aras atas tempat nak berlepas, aras bawah ketibaan..
So biler sampai lepas orang check out luagage so korang berada di aras bawah. So dah boleh la decide korang nak travel tu naik ape? Check In mana..


Hotel
(Ini untuk bajet yang tak mahal la ea, murah tapi selesa)
Dua-dua hotel ni selalunya murah sangat untuk bawak family atau kawan-kawan.

TUNE HOTEL
Tune Hotel ni best la strategik lokasi sebabnya dekat dengan Water Front. Berdepan dengan Water Front kalau tak silap
Gambar sumber Google

Gambar sumber google 
Tengok dari tingkap boleh nampak water front. 

NOVA HOTEL
Ade Air panas dan sejuk, (Google)
Yang ini pun murah dan sangat selesa wei,, sis pernah check in kat sini dengan family sempena convocation sis, 3 hari dua malam. RM200 somenthing je. Bilik yang paling besar yang boleh muatkan 6 orang.Waktu semua hotel penuh. Sis nak cari hotel yang senang nak jalan-jalan kat water front yang senang nak belikek lapis mira. Jalan kaki je . Walaupun masa tu act ade sewa kereta untuk 3 hari gak..hehe..
Gambar Sumber Google
Gambar sumber google


 Act sis takut jugak jauh nak jalan kaki, tapi seminggu sebelum parent sis datang sis dah melawat tapak Hotel ni hahaha.. Yelah kita nak yang terbaik kot. Walaupun sebenarnya sis akui bajet ciput haha..Ok masa first sampai pintu depan hotel depan ni sis dah rasa macam ok ke eh. Korang jangan risau. Hotel ni sangat bersih. Bahagian Lobby dia tip top wei siap ade mesin gedengan air RM1 tu.hehe. Penyambut tetamu dia pun ok.. Waktu tu ade uncle chiness yang sambut.. Semuanya ok.


TEMPAT MENARIK DI KUCHING
Ok hahaha..panjang betul mukadimahnye kan.. So dalam chapter ni sis akan bahagikan 3 bab.

1. Tempat Rekreasi  menarik untuk dilawati di Kuching
2. Tempat Makan best di Kuching
3. Kek lapis sedap di Kuching

( Apa yang sis bagitahu ni apa yang sis tahu selama merantau belajar dah nak dekat 3 tahun lebih di Sarawak eaaa, lain orang lain pendapatnyeee )haha



1. Tempat Rekreasi Menarik Untuk Dilawati Di Kuching

i.  Water Front Kuching, Sarawak
Ini tempat wajib pergilah event korang tak de transport, boleh jalan kaki je kat sini, berhampiran dengan tempat ini jugak la ade patung Kuching tengah2 jalan tu, mercu tanda Kuching.Tempat orang banyak selfie, tangkap gambar ramai-ramai.
Sumber google




(Hehehe nanti sis update lagi ea) ade kerja pulak...................








Monday, 1 April 2019

Jersey Sublimation Murah Rm35

Hello semua :)  harini sis nak share satu berita promosi, sis akan bagi harga jersey sublimation semurah Rm35 sehelai round neck short sleeve . Tapiii kalau order yang lebih dari 40 helail la..Sebab before ni orang yang ambil kuantiti banyak  pun harga RM35 kan.. So jangan lepaskan peluang ye kot kot ade yang nak buat event besar perlukan kuanti yang banyak tu.. Boleh whatsapp sis +60132469132.
Trusted seller..

Thursday, 28 March 2019

Video Montaj Freelance Graphic Design

Hello, anda pening kepala nak cari orang buat video, edit dan sebagainya? Perlukan effect dalam video supaya nampak lebih cantik. Company perlukan Video Montaj ? Atau perlukan untuk promote barang dan sebagainya. Boleh contact kami ya! Video ad Instagram pun kami boleh buat. Asalkan namanya video.

+6013-2469132
(Jom sembang-sembang dulu)
Prefer whatsapp 
Selalunya kami charge Rm300-RM350 untuk duration bawah 3 minit..
Mengikut budi bicara hehe..
Kami pastikan video montaj yang kami buat berkualiti dan cantik! Diantara yang terbaik!


Sunday, 24 March 2019

Tempat menarik di Miri, Sarawak

24/03/2019 11.50 Malam 😼
Gambar dari sumber google

Assalamualaikum, dah lama sis tak update blog tempat menarik. Ok sis dalam perancangan nak pergi Miri. Dah tempah flight dengan Hotel. Sis pergi dengan roomate kesayangan sebelum masuk bulan puasa tahun ni 2019. Sis akan pergi pada 17/04/2019 sampai 20/04/2019. So tunggu yer update seterusnya dari sis hehe.. Just nak share harga tiket yang kami dapat dari Air Asia

 Kuching-Miri (Rm120 untuk dua orang)

Miri-Kuching (Rm120 Untuk dua orang)

Total Flight RM240.00

Hotel pulak murah jugak la kami dapat untuk 3Hari 2 Malam RM156.87 (Termasuk SST rasanya) tempah from Agoda.

*Tak sabar nak pergi hehe, act tempat ni sugesstion dari roomate sis, sebab dia kata pantai Miri best tengok sunset, lagipun tempat ni dia dah tahu so senanglah kalau sesat* hehe..

Sis pergi 17/04/2019
Flight kitorang malam dalam pukul 9.45p.m so awal2 sis dah sampai airport Kuching dalam pukul 6 macam tu. Excited! haha. Tapi tak tahu jugak best ke tak kan.. Bukan apa pun bestnya sebab berjalan la keluar dari daerah Kuching sekejap . So dari Kuching ke Miri guna perlepasan dalam negeri. Jangan salah tengok gate ye korang sebab dengan confident waktu tu pergi tunggu kat tempat orang nak pergi KL hahaha.. Gate 3 padahal ktrang tu zone 3 gate 9.. Ambek kauu hujung sekali gate nak pergi Miri. Punyalah excited datang awal.. Tup tup flight delay ke 10.15p.m